Sabtu, 18 Oktober 2014

BATIK BLOK DISCHARGE

Seni kraf batik Malaysia telah lama bertapak semenjak abad ke 18 lagi. Walau bagaimanapun, ia mula diperkenalkan di kepulauan melayu pada tahun 1770-an dan telah diusahakan di Terengganu pada abad ke 18 yang dikenali sebagai Batik Cik Minah Pelangi.

Penghasilan batik telah diperturunkan ilmu dan kemahirannya oleh tukang-tukang pandai zaman dahulu secara turun menurun kepada anak dan keluarga terdekat. Industri ini giat dijalankan di negeri-negeri pantai timur dimana proses penghasilan dibuat secara tradisional. Sehingga kini perusahaan batik telah berjaya dikekalkan sebagai warisan bangsa.

Tiga jenis teknik batik yang popular di malaysia adalah, batik tulis, batik blok dan skrin. Pelbagai teknik juga telah digunakan bagi mempelbagai estetik rekaan kain batik.

Antara teknik tradisional yang telah lama ditinggalkan kerana kerumitan pembuatannya adalah teknik 'discharge', proses penarikan warna bagi latar belakang motif perlu dilakukan untuk meninggalkan kesan warna asal pada bahagian garisan lilin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan