Selasa, 26 Mac 2013

Ahad, 24 Mac 2013

Kain Batik Cotton

Kain Batik cotton terkini . Berminat boleh hubungi Kami 017-9648600 atau melalui Facebook nanbatik@yahoo.com

kemeja Batik Cotton (VIP Gemilang)

Ini adalah salah Satu keluaran terbaru AZ Batik . Gabungan teknik Cop Dan lukis . warna yang lebih menarik Dan mengikut citarasa terkini .

Jumaat, 15 Mac 2013

Jualan kraf kbmall

Kraftangan malaysia telah membuat promosi di kbmall pada bulan 12 tahun lepas. Diharapkan tahun ini promosi di kbmall diteruskan kerana jumlah pengunjung yang ramai dan menjadi tempat tumpuan orang ramai

Selasa, 12 Mac 2013

Kemeja Tenun AZ Batik

Dapatkan dengan segera Sementara Stok Masih Ada. Size M (Penghantaran Gdex)

Kemeja Tenun AZ Batik

Kain Tenun yg berkualiti dan sedap dipakai. Jahitan lebih kemas Dan bersesuai semua peringkat umur. Nampak lebih bergaya :)

Isnin, 11 Mac 2013

Kemeja cotton vip putih

Pelbagai jenis kemeja cotton batik

Anda boleh membuat tempahan dengan harga yang berpatutan...

Pesona batik kapas

Oleh JULIA ISMAILPARA pekerja AZ Batik mahu mengikut visi Khairul yang mahukan corak yang lebih segar.CORAK batik memang sungguh eksklusif jika dicanting pada kain sutera atau sifon. Harganya pula boleh mencecah sehingga ribuan ringgit bergantung kepada corak, material atau cara penghasilannya.Sudah tentu batik sutera atau sifon seperti itu hanya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi. Bagaimanakah pula dengan kehendak peminat corak batik lain yang datang daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah?Untuk memenuhi permintaan golongan tersebut, trend batik terkini yang menampilkan material fabrik kapas mungkin memberi kelegaan kepada golongan kebanyakan. Harga yang dikenakan adalah lebih rendah dan mampu milik.Respons memberangsangkan daripada ramai penggemar kain pasang terutamanya untuk fabrik kapas telah mendorong usahawan muda Khairul Aznan Mohamed Kamal, 32, memberi fokus kepada penghasilan batik kain kapas.“Kain pasang kapas amat popular pada masa kini. Oleh itu, saya mengambil peluang memasarkan batik kain kapas dalam bentuk yang lebih kontemporari dan juga kasual,” ujarnya saat ditemui di premis perniagaannya di Cabang Tiga Marak, Jalan Wakaf Bharu – Palekbang, Tumpat, Kelantan.Menerajui AZ Batik yang terletak di Tumpat itu, misi utama Khairul adalah untuk menghasilkan corak dan fesyen pakaian berasaskan batik yang lebih kontemporari.Pada masa yang sama, ia masih mengekalkan sisi tradisional bagi menarik minat orang muda terhadap corak yang lebih sinonim dengan elemen Pantai Timur.AZ Batik banyak menghasilkan produk batik yang dilukis atau dicop di atas kain kapas untuk tempahan dalam dan luar negara.Mereka juga menyediakan seleksi sedia pakai seperti baju kanak-kanak, jubah, blaus, kemeja, sarung dan kain pasang.Tarik warnaIstimewanya corak batik di AZ Batik adalah mereka menggunakan teknik yang dinamakan ‘tarik warna’ yang jarang digunakan oleh pengusaha batik lain kerana ia agak rumit dan memakan masa untuk menyiapkannya.Teknik tersebut adalah bagi mendapatkan garisan luar (outline) hitam yang dicop dengan lilin. Teknik itu memerlukan kain putih diwarnakan hitam secara keseluruhan sebelum dicop atau dilukis dengan lilin. Seterusnya, kain tersebut akan melalui satu proses lain untuk menyahkan warna hitam tersebut dari latar belakang.Ia akan memberikan efek corak yang lebih menarik berbanding proses cantingan biasa.Bagi mendapatkan warna dan corak yang mengikut peredaran zaman, Khairul banyak membuat kajian melalui Internet bagi memastikan produk-produknya sentiasa mendapat sentuhan baharu yang lebih segar.Khairul menerima banyak tempahan dari Kuala Lumpur dan juga luar negara seperti Australia dengan kebanyakan daripadanya merupakan tempahan kain pasang dan baju siap.Khairul juga meletakkan harapan yang optimis. Dia ingin sekali mempopularkan corak batiknya ke pasaran antarabangsa dan dikenali sebagai jenama tersohor.Sumber pendapatanAnak ketiga daripada lima beradik itu memberitahu, mereka dibesarkan dalam keluarga yang selama tiga generasi menjadikan perusahaan batik sebagai sumber pendapatan. Bagi Khairul, batik memang sudah sebati dalam darah dagingnya.Namun, sebagai seorang anak muda, Khairul mengakui pada awal remaja, dia tidak pernah meminati batik apatah lagi untuk menceburi bidang tersebut bagi meneruskan legasi keluarganya.Pada awalnya, Khairul memberitahu, keluarga mereka tinggal di Kuala Lumpur dan banyak mengambil produk-produk tekstil dari Kelantan untuk dipasarkan di ibu negara.Namun, ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 1997, keluarganya telah berpindah kembali ke Kelantan dan membuka kilang batik di situ.Namun, dia akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan bisnes warisan keluarga tersebut setelah melihat potensi pasaran batik termasuk variasi yang boleh dicipta melaluinya.“Saya ingin membawa batik ke dalam jiwa anak muda yang sering menganggap batik hanya sesuai bagi golongan korporat ataupun untuk dipakai dalam majlis-majlis rasmi.“Saya mahu batik dipakai pada bila-bila masa dalam suasana kasual sekali gus mengubah persepsi mereka,” ujarnya.Harga kain pasang batik dan juga produk-produk yang dihasilkan oleh AZ Batik berharga antara RM30 hingga RM180.Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2NFd3PXMb Hakcipta terpelihara

Batik cotton 4 meter

Corak batik terap...

Kain batik cotton

Material cotton lawn.. memang lembut dan sedap dipakai